×

Contact us

Send us a message and we will get back to you as soon as possible
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Persembahan dan Pakej Perkahwinan KLPD

Dengan pengalaman penglibatan lebih daripada 15 tahun dalam persembahan perkahwinan, kami memberikan jaminan yang anda membuat keputusan yang tepat dalam memilih KLPD untuk majlis perkahwinan anda.

Kami juga boleh memberikan bantuan dalam khidmat nasihat kepada anda tentang bagaimana cara terbaik untuk melibatkan pasukan kami sepanjang majlis anda. Kepuasan anda sebagai pelanggan kami adalah matlamat kami, kami akan memberikan kerjasama yang terbaik dan sehabis baik dalam mencapat tujuan ini.

Kami boleh menjayakan majlis anda, tidak kira di mana majlis anda hendak dibuat - di dalam dewan, hotel, konsep perkahwinan taman (garden wedding), atau di tepi pantai. Tidak ada sebarang had dalam lokasi majlis anda. Tidak ada juga had dalam menerima pelanggan, SEMUA pelanggan adalah diterima sebagai pelanggan kami (semua bangsa, semua agama).

KLPD menjayakan perkahwinan Alan dan Ailsa di Sri Carcosa Negara.

Anda boleh melihat koleksi video kami di Videos Section untuk melihat beberapa conto video untuk persembahan perkahwinan. Anda boleh memberitahu kami jika anda mempunyai lagu-lagu tertentu yang mahu dimainkan di majlis anda dan kami akan cuba untuk menjadikannya realiti untuk anda.  

KLPD di majlis perkahwinan Melayu.

Antara contoh lagu Scottish yang biasanya dimainkan di majlis perkahwinan:

  • Highland Wedding
  • Highland Cathedral
  • The Skye Boat Song
  • The Wedding March
  • Mairi's Wedding
  • Flower of Scotland
  • Amazing Grace
  • Scotland the Brave
KLPD di Palace of Golden Horses Hotel.

Di antara soalan yang biasanya diterima oleh kami:

Q - Berapa banyak lagu yang akan dimainkan di majlis perkahwinan saya ?
A - Kami tidak mempunyai had dalam jumlah lagu yang akan dimainkan di majlis perkahwinan, kami akan membuat persembahan berdasarkan aturcara majlis yang diberikan oleh anda. Contohnya jika mengiringi pengantin memerlukan 5 minit masa daripada mula, kami akan mainkan lagu daripada mula sehingga ke pelamin (contoh). Jumlah lagu akan ditentukan berdasarkan ini.

Q - Berapa lama had masa pasukan KLPD akan berada di majlis saya ?
A - Sama seperti di atas, kami tidak ada had masa untuk  berada dalam sesebuah majlis. Apa yang penting dalam sesebuah majlis adalah aturcara majlis. Kami memerlukan aturcara majlis yang jelas, yang menunjukkan peranan kami sepanjang majlis - waktu kami perlu untuk bersedia, waktu untuk mengiringi pengantin masuk, waktu persembahan (jika ada). Dan juga durasi masa setiap tugas.

Q - Bolehkah KLPD memberi cadangan tentang berapa banyak pemain yang diperlukan untuk majlis saya ?
A - Pertama sekali dan yang penting dalam menentukan jumlah pemain adalah - anggaran jumlah yang mahu dibelanjakan oleh pelanggan (budget). Secara amnya lebih ramai pemain untuk majlis anda, adalah lebih meriah dan lebih tampak hebat. Akan tetapi tidak semua majlis memerlukan pemain yang ramai, ianya terpulang kepada kesesuaian majlis anda. Ada majlis hanya memerlukan 1-2 pemain sahaja, ada yang memerlukan 14-15 pemain.

Q - Adakah kita memerlukan latihan atau raptai ?
A - Kami biasanya tidak memerlukan latihan atau raptai untuk majlis perkahwinan. Aturcara majlis adalah mencukupi dalam persediakan kami, tetapi jika anda memerlukan raptai untuk majlis perkahwinan anda, anda bolehlah memberitahu kami. Raptai pada hari yang sama adalah percuma (tiada bayaran tambahan), raptai yang dibuat 5 jam sebelum majlis mula akan mempunyai bayaran tambahan.

Q - Adakah KLPD memerlukan peralatan khas - sistem bunyi (sound systems), sambungan khas ?
A - Tidak, kami tidak memerlukan peralatan khas.

Masih mempunyai soalan ? Anda boleh menghubungi kami dan kami akan menjawab semua persoalan anda.

Slot untuk majlis perkahwinan kami diisi dengan cepat oleh pelanggan. Hubungi kami sekarang untuk tempahan!


Full name
Job title, Company name